Header Ads

test

MB Kedah Iring KDYMM Tuanku Sultan Kedah Menunaikan Solat Aidiladha





Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman hari ini berkenan berangkat ke menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir, Alor Setar.


Turut berangkat Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Arif Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah dan kerabat disambut oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Norizan Khazali, Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang bersama kenamaan-kenamaan lain.

Tiada ulasan