Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din berkesempatan hadir ke Program Akreditasi Renang dan Keselamatan di Air anjuran SP Aquatic Club dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Seramai 405 peserta telah diakreditasi bagi mendapat sijil penyertaan kemahiran renang tahap satu. Sesi demontrasi renang juga diadakan dan peserta demonstrasi diwakili oleh peserta daripada Program KLAS Renang Negeri Kedah Daerah Kuala Muda (Kanak-kanak dan Remaja OKU) dan Kubang Pasu (Kanak-kanak Kategori B40) yang digerakkan sendiri oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azma Deris; Timbalan Pengarah Sukan JBS Kedah, Encik Mohd Hanaffi Abdul Rahman; Penolong Pengarah Rakan Muda JBS Kedah, Puan Salwa Senawi dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Encik Kamarol Azlan Abdul Hamid. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 6/16/2024, 12:30:20 PM 

Tiada ulasan