Saat sakit di usia tua, hati kita akan lega bila ada insan terdekat ambil berat dan jaga makan minum kita
Saat sakit di usia tua, hati kita akan lega bila ada insan terdekat ambil berat dan jaga makan minum kita. Itulah yang ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad dapat gambarkan ketika menziarahi dan menyantuni lima pesakit terlantar di Kampung Sedim, baru-baru ini. Ada suami sakit dijaga isteri, ada yang ibu dan ayah sakit dipelihara baik oleh anak-anak. Bukan biasa-biasa orang yang boleh menjaga pesakit. Banyak karenah dan ragam perlu dilayan disamping menuntut kesabaran tinggi. Tetapi ujian Allah tak didatangkan sia-sia, buat pesakit atau ahli keluarga yang tabah menjalankan tanggungjawab, pastinya Allah sediakan ganjaran pahala besar untuk kalian. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Ketua Kampung MKK, Ghazali Abu yang menerima kunjungan dan membantu menjayakan program. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 6/16/2024, 2:00:50 PM
Post a Comment