Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-82 diadakan di Dataran Medan Bandar. Istiadat dimulakan dengan Pasukan Kawalan Kehormatan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang menyembah Hormat Diraja diiringi lagu Negeri Kedah 'Allah Selamat Sultan' serta tembakan meriam 21 das. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah bersama Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah; Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, dan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah. KDYMM Tuanku Sultan turut perkenan bercemar duli bagi menerima tabik hormat dan menyempurnakan pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama dalam istiadat tersebut. Hadir sama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato Norizan Khazali, Mufti Negeri Kedah, Sohibul Samahah Dato' Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang, barisan EXCO Negeri Kedah serta para pegawai tertinggi negeri dan Persekutuan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #DaulatTuanku -UPDA 6/29/2024, 12:16:31 PM 

Tiada ulasan