Header Ads

test

HARI PUISI KEBANGSAAN PERLU DIANGKAT SETANDING HARI PERISTIWA LAIN




ALOR SETAR - Pihak kerajaan diharapkan dapat mengangkat Hari Puisi Kebangsaan yang ditetapkan pada 12 Julai setiap tahun setanding hari Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Polis dan sebagainya.

Dengan demikian, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, Hari Puisi Kebangsaan akan dirayakan  oleh seluruh rakyat Malaysia, terutama dikalangan para pelajar sebagai penyambung generasi.                                             

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Hari Puisi Nasional Ke-22 bertempat di Hotel The Jerai Alor Setar mewakili YAB Menteri Besar.

"Bagi Negeri Kedah, Hari Puisi Nasional ke-22 ini sesungguhnya merupakan peristiwa yang cukup manis juga membangkitkan rasa bangga apabila acara istimewa ini kembali diadakan di Kedah selepas hampir suku abad.

"Dan yang lebih manis lagi Hari Puisi Nasional ke-22 ini diadakan pada  ketika Kedah bersiap-siap untuk menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025," ujar beliau.

Katanya, Kedah dipilih menjadi tuan rumah buat kali kedua setelah kali pertama diadakan di Langkawi pada tahun 2000. 

Tambahnya lagi, tema yang mendukung Hari Puisi Nasional ke-22 kali ini iaitu "Puisi dan Citra Kebenaran” adalah amat relevan bagi semua.

"Saya mengucapkan tahniah kepada dua tokoh penyair yang diberikan Anugerah Penyair GAPENA 2024 iaitu Rejab F.I. dan Siti Zaleha Mohd. Hashim. 

"Tiga tokoh penyair dari Kedah yang telah diberikan anugerah ini ialah Jihaty Abadi (1990), Affrini Adham (2006) dan Jamaludin D (2013)," katanya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan