Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Semalam, ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab meluangkan masa menghadiri program gotong-royong anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Hup Huat dan KRT Taman Kenari Merah Hup Huat. Program ini diadakan bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan penyakit terutamanya demam denggi. Pelbagai aktiviti pembersihan telah dilaksanakan, termasuk menghapuskan tempat takungan air dan membersihkan kawasan perumahan. Sambutan daripada penduduk sangat memberangsangkan, dengan kehadiran ramai sukarelawan yang komited memastikan persekitaran yang bersih dan sihat. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam program ini. Beliau juga mengharapkan usaha ini dapat mengurangkan kes demam denggi dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 6/16/2024, 3:00:36 PM 

Tiada ulasan