Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat meraikan pelajar cemerlang yang menerima keputusan STAM dan SPM 2023 di peringkat DUN Sungai Limau. Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Limau menganjurkan program ini sejak lima tahun yang lalu bermula pada tahun 2020. Sebelum ini program ini diadakan rumah ke rumah, namun tahun ini diubah sedikit kaedah dengan menghimpunkan semua di dalam satu majlis. "Walaupun STAM dan SPM ini bukanlah penyudah kejayaan, namun ia boleh menjadi pemakin semangat dan kekuatan untuk kita lebih berjaya pada masa akan datang. "Lebih-lebih lagi kejayaan hakiki yang kita inginkan adalah kejayaan di Akhirat nanti, dan itu lah kemuncak kejayaan kita," ujar beliau. Sekalung tahniah diucapkan kepada Adik Ummul Fathiiyah Yahya di atas keputusan Jayyid Jiddan dalam Peperiksaan STAM dan Adik Muhammad Syahrul Ikram Mohammad Sofi yang beroleh 11A dalam keputusan SPM yang lalu. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 6/16/2024, 3:30:43 PM 

Tiada ulasan