Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman berkenan berangkat hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang ke-82 di Masjid Zahir di sini, hari ini. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad, serta Solat Isyak. Lebih 1000 orang rakyat negeri Kedah dari pelbagai peringkat umur turut serta dalam majlis tersebut. Turut berangkat hadir, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Norizan Khazali; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Fadzil Awang dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Dato' Dr Haji Abd Ghani @ Zulkifli Zainuddin. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #daulattuanku -UPDA 6/28/2024, 12:36:22 AM 

Tiada ulasan