54 WARIS TERIMA SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN
LANGGAR - Seramai 54 waris di DUN Bukit Pinang terima manfaat dari Sumbangan Khairat Kematian daripada Kerajaan Negeri Kedah yang bernilai RM500.
Sumbangan ini disampaikankan oleh ADUN Bukit Pinang, YB Dato’ Romani Wan Salin.
Katanya, kali ini jumlah keseluruhan mencecah RM 27,000 merangkumi permohonan daripada bulan April, Mei dan Jun.
Beliau mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban waris dalam menguruskan urusan kematian ahli keluarga.
Turut hadir, Pengarah PKWR DUN Bukit Pinang, Ustaz Daud Ahmad Pegawai Khas ADUN Bukit Pinang Firdaus Salleh, serta Pegawai Parlimen, Hasrul yang mewakili Ahli Parlimen Pokok Sena.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment