Header Ads

test

PESAKIT KANSER TERIMA BANTUAN KERUSI RODA DAN KATIL



 

BALING - Azmi Othman,69, pada mulanya demam biasa dengan tangan kanan tidak dapat digerakkan sepenuhnya. 

Setelah dihantar ke hospital pada 22 Mei lalu dan diperiksa, Azmi disahkan doktor menghidap ketumbuhan dalam otak dan penyakit kanser paru-paru tahap 4. 

Sejak tiga minggu lalu tahap kesihatannya semakin merosot teruk. Dia tidak lagi mampu bercakap dan bergerak. Kini terlantar di atas katil yang diwakaf Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Baling. 

Pusat Khidmat DUN Kupang yang menerima maklumat berkaitannya telah bertindak menziarahi Azmi di rumahnya di Kampung Guar Reban. 

Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar mewakili ADUN Kupang, Brigedier Jeneral (B) YB Dato' Najmi Ahmad hadir menyerahkan kerusi roda kepada keluarga pesakit, semalam. 

Pesakit kini diuruskan ahli keluarganya termasuk anak menakannya iaitu Adib Muhaimin Syamizi,20.  

Setiap hari Adib yang tinggal berdekatan akan datang membantu membuang kahak pesakit menggunakan mesin khas. 

Adib juga bertanggungjawab membantu keluarga ini berurusan dengan pihak hospital sejak pesakit menerima rawatan pada Mei lalu. 

Semoga pesakit cepat sembuh dan Allah mengurniakan kemudahan kepada keluarga ini. 

Hadir sama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Charok Reban, Mohd Nazir Ibrahim. 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" 

Sumber – Facebook YB Ustaz Najmi

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan