Header Ads

test

82 PELAJAR SPM DUN BUKIT LADA TERIMA PENGHARGAAN


82 PELAJAR SPM DUN BUKIT LADA TERIMA PENGHARGAAN POKOK SENA - Seramai 82 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DUN Bukit Lada terima penghargaan. ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, kejayaan yang diperoleh ini adalah satu permulaan untuk meraih kejayaan lain. "Kita dah selesai satu SPM, jangan lupa kita ada satu lagi SPM, semua orang akan duduk ujian SPM ni iaitu Sijil Padang Mahsyar," ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM di Pejabat PKWR DUN Bukit Lada, hari ini. Beliau juga turut titipkan nasihat kepada semua pelajar untuk tidak meninggalkan solat dan jauhi maksiat serta perkara yang melalaikan. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja iaitu Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, Econsave Zon Utara (Cawangan Pokok Sena) dan Cikgu Sukarno Abd Hamid. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/3/2024, 3:21:22 PM 

Tiada ulasan