Header Ads

test


 ADUN Bandar Baharu rai 33 pelajar cemerlang SPM 

 SERDANG – Seramai 33 pelajar cemerlang terpilih untuk menerima Sumbangan Kecemerlangan SPM 2023 daripada ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff di Dewan Dato' Fadhil Noor, baru-baru ini. 

Katanya, para pelajar perlu memajukan diri di dalam Pelajaran dan perlu mencorakkan diri menjadi pemimpin dimasa hadapan bagi mencapai hasrat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mohd Sanusi Md Nor. 

“Banyak bantuan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti iBakipt, Tabung Tengku Mahmud serta daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).  

“Inisiatif ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak miskin meneruskan cita-cita ke menara gading,” ujarnya.  

Dr Suffian juga berkesempatan menyampaikan sumbangan iKafalah kepada 70 waris dan dua penerima IBakipt.  

"Bagi penerima sumbangan iKafalah, manfaatkanlah sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM500 ini untuk waris yang layak khasnya dikalangan B40. Wang ini bukanlah dikira sebagai harta pusaka si mati, gunakanlah mengikut keperluan keluarga waris" ujarnya. 

Jelasnya lagi, kerajaan negeri turut menyediakan Program Permataku Sejahtera untuk bayi yang lahir bermula 1 Mac 2024 melalui akaun Simpanan SSPN Prime dengan sumbangan sebanyak RM200 untuk seorang bayi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan