Header Ads

test

𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌


𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 Puasa Asyura iaitu pada tarikh 10 Muharram pada setiap tahun belum dikenali pada masa awal Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ketika Baginda berhijrah ke Madinah dan mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari ini, Baginda menganggapnya sebagai suatu yang baik dan mengekalkannya selepas itu. Antara puasa 𝑡𝑎𝑡ℎ𝑜𝑤𝑤𝑢' yang sangat diambil berat oleh Nabi SAW, malah Baginda mewasiatkan umat agar melaksanakannya ialah puasa 𝐴𝑦𝑦𝑎𝑚 𝑎𝑙-𝐵𝑖𝑑ℎ (Hari-hari Putih). Sunat berpuasa pada 'hari-hari putih' setiap bulan. Puasa ini disebut puasa 𝐴𝑦𝑦𝑎𝑚 𝑎𝑙-𝐵𝑖𝑑ℎ atau Puasa Hari-hari Putih atau Puasa Bulan Purnama. Niat Puasa Hari Tasu'a (9 Muharam 14446H :15 Julai 2024, Isnin) نَوَيْتُ صَوْم تَاسُوعَاء سُنَّة لله تَعَالى Maksudnya :"Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu'a Esok Hari Kerana Allah Ta'ala." Niat Puasa Hari 'Asyura (10 Muharram 14446H :16 Julai 2024 Selasa) نَوَيْتُ صَوْم عَاشُورَاء سُنَّة لله تَعَالى Maksudnya : "Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta'ala" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/14/2024, 8:46:00 AM 

Tiada ulasan