Header Ads

test

𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛


𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan mengawali permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Berikut dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang boleh dibacakan selepas solat Asar atau ketika hampir masuk waktu Maghrib, 6 Julai 2024 bersamaan 29 Zulhijjah 1445H. 𝗗𝗼𝗮 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 (𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib akhir waktu Asar atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M (Sabtu). DOA AKHIR TAHUN اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ Ertinya: "Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi karena kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah." 𝗗𝗼𝗮 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 (𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu). Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran untuk tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib. DOA AWAL TAHUN اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ Ertinya: "Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan." Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/6/2024, 7:00:32 PM 

Tiada ulasan