MARTABATKAN DURIAN KAMPUNG DAN PRODUK PERTANIAN TEMPATAN
KUALA KETIL - Daerah Baling sebagai destinasi 'Eco Pelancongan' dapat memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan negeri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, daerah itu terkenal dengan kepelbagaian aktiviti pertaniannya, termasuk penanaman padi seluas 470 hektar dan tanaman dusun serta buah-buahan seluas 820 hektar.
Jelasnya, tanaman dusun dan buah-buahan di Baling merupakan yang tertinggi dan diklusterkan sebagai kluster durian, rambutan, dan sayuran.
"Jabatan Pertanian kini dalam usaha memartabatkan durian kampung agar dapat dikelaskan sebagai Durian Kampung Premium.
"Usaha ini dijalankan bagi menambah nilai harga durian kampung sedia ada kepada harga yang lebih setimpal dengan kualitinya," katanya dalam Majlis Perasmian Penutup Hari Ladang dan Jelajah Durian Kampung Premium Daerah Baling 2024 di Dewan Terbuka Padang Awam Kuala Ketil hari ini di sini.
Tambahnya, anak muda juga digalakkan melibatkan diri dalam sektor agromakanan, sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang menekankan pemodenan dan pertanian pintar.
"Selari dengan tema program kita pada hari ini 'Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama', tidak semestinya tanaman durian atau buah-buahan sahaja, tanaman sayuran buah dan daun serta tanaman ladang seperti terung, cili, dan jagung juga boleh diceburi oleh anak muda.
"Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), penekanan khusus terhadap strategi pemodenan dan pertanian pintar akan diberi tumpuan," ujar beliau.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment