DOA RASULULLAH SAW KEPADA IBNU ABBAS DAN DOA MENYERAHKAN URUSAN KEPADA ALLAH SWT
DOA RASULULLAH SAW KEPADA IBNU ABBAS DAN DOA MENYERAHKAN URUSAN KEPADA ALLAH SWT Ibnu Abbas R.A merupakan seorang kanak-kanak yang bijak. Beliau membesar dengan berkhidmat dan mendampingi Nabi Muhammad SAW. Walau bagaimanapun, beliau dikenali sebagai kanak-kanak yang hebat dalam menghafal dan mengingati apa sahaja yang dilihat daripada perbuatan mahupun kata-kata Baginda SAW sehingga mampu untuk meriwayatkan banyak hadis. Antara asbab beliau diberi kelebihan tersebut adalah kerana berkat daripada doa Nabi Muhammad SAW dan akhirnya, beliau menjadi seorang ahli tafsir dan fiqah yang disegani. Bacakan doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/19/2024, 12:00:23 PM
Post a Comment