Header Ads

test

ENAM PESAKIT TERLANTAR DAERAH PENDANG TERIMA BANTUAN BSPT


ENAM PESAKIT TERLANTAR DAERAH PENDANG TERIMA BANTUAN BSPT PENDANG - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni enam pesakit terlantar dalam DUN Tokai dan DUN Sungai Tiang bagi menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT). Tiga pesakit bagi DUN Tokai adalah Nur Alisya Medina Mohammad Hafiz,11 bulan yang menghidap masalah saluran pernafasan sempit sejak lahir, Che Atun Sa'aya, 66 yang terlantar akibat strok dan kanser serta Norhidayati Md Kamil, 39 yang terlantar akibat strok. Manakala tiga pesakit bagi DUN Sungai Tiang adalah Muhammad Nur Shakimi,23 yang lumpuh separuh badan, Nur Atikah Noor,27 yang terlantar akibat strok dan Mohd Yusob Yahaya,60 yang strok sebelah kiri anggota badan. "Bila kita turun ke bawah kita rasa perlu lagi bantuan ini di salurkan kepada pesakit terlantar. Skim BSPT ini akan diberikan secara one off untuk pesakit meneruskan kesinambungan hidup. Selain itu, JKM tetap menyalurkan bantuan bulanan RM500 kepada mereka yang layak. "Kalau ada diantara keluarga, suami, adik beradik, jiran kita yang sakit terlantar hubungilah PKWR atau pejabat JKM di tempat masing-masing untuk mengambil borang BSPT ini," ujarnya. Turut hadir Timbalan Speaker Negeri Kedah, YB Abdul Razak Khamis; ADUN Tokai, YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dato' Zulkhairi Zainol Abidin; wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil Perkeso dan wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/4/2024, 3:35:36 PM 

Tiada ulasan