Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan kunjung hormat Menteri Komunikasi Malaysia, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Pejabat Pentadbiran Parlimen, semalam.
Dato’ Azam berhasrat agar Kerajaan Negeri dapat meneruskan kerjasama antara RTM Kedah dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Kedah dalam menyampaikan maklumat dan hebahan aktiviti-aktiviti Kerajaan Negeri seperti sebelum ini.
Begitu juga berkenaan Segmen Penyampaian Hal Ehwal Agama seperti Segmen Soal Jawab Agama Irsyadul Ahkam, Nasihatul Tasnim dan Siaran Ceramah serta Kuliah antara yang menerima pendengar tertinggi dapat diteruskan.
Disamping itu, pertemuan ini turut membincangkan mengenai capaian telekomunikasi di beberapa tempat yang perlu diberikan perhatian.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Fahmi menerima kunjungan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment