Header Ads

test












 Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah mengadakan lawatan ke kilang Aerospace Composites Malaysia (ACM) yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.

Kerajaan negeri hadir bagi melihat perkembangan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak ACM sepanjang beroperasi di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam sejak 1998 bagi tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan.

Difahamkan ACM mempunyai seramai lebih 1,000 orang pekerja di mana hampir keseluruhan tenaga kerja di ACM adalah terdiri daripada penduduk tempatan.

Turut terlibat dalam lawatan ini adalah wakil Pejabat Daerah Kubang Pasu, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Invest Kedah Berhad, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Kerja Raya Kubang Pasu, Jabatan Pengairan dan Saliran Kubang Pasu dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan