Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjungan hormat daripada wakil Centre For Global Sustainability Studies (CGSS), Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CGSS dan Dr. Radieah Mohd Nor, di Wisma Darul Aman.

Dalam pertemuan ini, beliau dibentangkan mengenai cadangan kerjasama pembangunan projek kredit karbon di negeri Kedah. 

Projek ini bertujuan untuk memajukan inisiatif hijau dan lestari di negeri Kedah.

Cadangan ini diharapkan dapat memperkukuhkan komitmen negeri Kedah dalam mencapai kelestarian alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon.

Kerjasama antara pihak CGSS dan kerajaan negeri Kedah dijangka dapat memberikan manfaat besar dalam usaha mengatasi perubahan iklim dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan lestari.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan