Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah mempengerusikan mesyuarat bersama TWI Technology (S.E.ASIA) Sdn Bhd Kuala Lumpur, Malaysia.
Mesyuarat ini bertujuan melihat potensi kerjasama yang boleh diwujudkan antara kerajaan negeri bersama pihak TWI Technology (S.E.ASIA) Sdn Bhd terutamanya dalam bidang TVET.
TWI Technology (S.E.ASIA) Sdn Bhd kini menjadi penyedia utama pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di Asia.
Mereka telah melatih ribuan pelajar untuk menguasai sesuatu bidang kemahiran serta mendapatkan sijil yang berkualiti.
Semoga hasil mesyuarat ini dapat memperkasakan lagi program TVET di Negeri Kedah.
“Kedah Sejahtera Darul Aman”
UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment