Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusi Mesyuarat Dan Taklimat Mengenai Compact Plant daripada Pinewater Qasia Sdn Bhd yang diadakan di Wisma Darul Aman.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah JKR Negeri Kedah serta wakil-wakil dari JKR dan Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Taklimat ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan dan manfaat Compact Plant dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan air di negeri Kedah.
Mesyuarat ini adalah langkah penting dalam memastikan projek-projek berkaitan pengurusan air dilaksanakan dengan efektif dan mampan. Saya turut menekankan kepentingan kerjasama antara pihak-pihak terlibat untuk mencapai matlamat ini.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment