SYARAT -SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ QASAR
Syarat – syarat :
1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
3.Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.
Syarat Sah Solat Qasar :
1. Masuk fardhu solat ketika sedang musafir & melakukannya waktu musafir.
2. Perjalanannya telah melepasi sempadan qaryah
3. Tidak berniat menetap selama 4hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).
4. Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.
Syarat Solat Jamak : (TAKDIM)
▪ Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu) .
▪ Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri salam)
▪ Berturut-turut antara solat pertama & kedua
▪ Masih musafir hingga takbir solat kedua
Syarat Solat Jamak : (TA’KHIR)
▪ Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
▪ Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat
Sumber: Manhaj Fiqh as-Syafi’i Jilid 1
Post a Comment