Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri satu Program Kesedaran Bahaya Dadah yang telah diadakan di Felcra Belimbing Tualak. 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan kepentingan pencegahannya.

Dalam program tersebut, beliau menyampaikan menyampaikan sumbangan kewangan sebagai bantuan untuk pembelian alatan sukan kepada belia Felcra Belimbing Tualak dan cabutan bertuah kepada peserta yang hadir.

Inisiatif ini diharap dapat menggalakkan golongan belia terlibat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang sihat.

Program itu mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat dan diharapkan dapat memberikan impak positif dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan