Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa  Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 di Wisma Darul Aman.

Mesyuarat tersebut memperincikan usahasama kerajaan negeri bersama agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan reruai pameran berkaitan sektor pelancongan yang boleh diketengahkan bagi menarik pelancong disamping memperkenalkan produk ikonik dan tradisonal Kedah.

Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 bakal dilangsungkan pada Julai 2024 bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur.

Hadir bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato' Mohd Fauzi Mustaffa; Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengurus Besar Sekteriat TMK 2025, Azlizam Jaafar; Penolong Pengarah BPEN, Mohd Juwaidi Mahmood; Pejabat Kewangan Negeri Kedah; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri; Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri; Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA); Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK); Lembaga Muzium Negeri Kedah; Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia Utara; dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan