Header Ads

test



 Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khairat Kematian (i-Kafalah) dan Bantuan I-Bakipt untuk suku tahun ke 2/2024.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam tempoh 10 bulan beliau menjadi ADUN Kulim, rakyat Kulim telah menyuarakan pelbagai isu kemasyarakatan kepadanya, termasuk jalan rosak, masalah bekalan air, pokok besar di tepi jalan dan masalah monyet liar.

Kebanyakan masalah ini adalah masalah yang telah lama berlarutan, dan pasukan perkhidmatannya sedang berusaha menyelesaikannya satu persatu.

Beliau menggesa rakyat Kulim agar menggunakan saluran yang sesuai dan betul untuk membuat aduan apabila menghadapi masalah dan bukannya membuat hantaran atau video di media sosial seperti Facebook atau TikTok. 

Ini kerana jika pasukan perkhidmatan atau ahli-ahli Majlis dan  team MKK terlepas pandang aduan tersebut, masalah tidak dapat diselesaikan dan terus berlarutan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan