KEDAH BAKAL LAKSANAKAN GARIS PANDUAN SUKAN MENGIKUT SYARIAT
KEDAH BAKAL LAKSANAKAN GARIS PANDUAN SUKAN MENGIKUT SYARIAT ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah sedang merancang untuk melaksanakan garis panduan sukan yang sesuai mengikut syariat Islam. Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din, tema 'Sukan satu Ibadah' memberi maksud bahawa sukan sama ada secara formal atau tidak formal dihayati dalam konteks sebagai ibadah oleh seluruh rakyat negeri Kedah terutamanya dikalangan umat islam. "la memberi maksud bahawa setiap aktiviti sukan yang dilaksanakan haruslah berlandaskan syariat dan sesuai dijadikan sebagai gaya hidup seorang mukmin sejati. "Justeru itu, adalah menjadi harapan saya agar pada hari ini kita dapat menyediakan satu resolusi bagi menjadikan sukan satu ibadah dapat dilaksanakan di negeri ini." Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sidang Meja Bulat Sukan Satu Ibadah bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar hari ini. Jelasnya lagi, objektif sidang media bulat ini adalah menyediakan platform sumbang saran daripada para cendekiawan agama, ahli akademik, wakil persatuan terhadap cadangan penggubalan dasar sukan satu ibadah di negeri ini. Tambab beliau, keterlibatan wakil persatuan dalam sesi ini adalah bagi mendapatkan maklumat secara tidak langsung cadangan pelaksanaan garis panduan ini, disamping ia dapat memberi pencerahan terutamanya kepada persatuan-persatuan yang diterajui oleh non-muslim. Katanya, hal ini supaya tidak lagi wujud dalam pemikiran bahawa terdapat jurang antara sukan dan agama. "Saya tertarik dengan satu persatuan ini yang telah menyatakan bahawa mereka akan melancarkan pakaian sukan muslimah atas keperluan dan permintaan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak untuk berlatih bersama dengan mereka. "Apa yang ingin dimaklumkan bahawa persatuan sukan dan masyakarat di luar sana mempunyai kehendak atau kemahuan ke arah islamik," ujarnya. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/22/2024, 11:38:52 AM
Post a Comment