KEDAH MENGORAK LANGKAH DALAM SEKTOR EKONOMI MARIN
Kerajaan negeri komited membangunkan sektor marin sebagai salah satu cabang bagi menguatkan eknonomi di negeri Kedah.
Delegasi kerajaan negeri Kedah diketuai Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah mengadakan lawatan ke Fujian, China bagi mengukuhkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Aquatic Design Institute of Fujian Provincial untuk membangunkan industri marin di Kedah, khususnya dalam sektor perikanan.
Katanya, kerjasama ini akan melibatkan syarikat swasta di negeri Kedah dan China sebagai rakan strategik dalam mengusahakan industri ini.
“Fokus kali ini bukan sahaja melibatkan perikanan, tetapi juga sektor hiliran yg melibatkan perkilangan hasil-hasil laut,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, usaha ini pada dasarnya dibentuk untuk menjadi pemangkin kepada Marine Economic Zone di Kuala Kedah yang bukan hanya menjadi pemacu perkembangan ekonomi berkaitan perikanan, tetapi juga menjadi pemacu kepada pertumbuhan sektor perikanan dan komersial di negeri Kedah.
“Pada perbincangan ini, kita juga akan usahakan untuk membina institut perikanan yang akan melahirkan tenaga kerja mahir dalam perikanan, termasuk pembinaan kapal dan sebagainya,” katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri Kedah sentiasa mengamalkan sikap mesra perniagaan dan sosio ekonomi seimbang demi memastikan pembangunan lestari dapat direalisasikan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment