Header Ads

test

KEDAH TELITI SEJARAH HUBUNGAN DENGAN PULAU PINANG


KEDAH TELITI SEJARAH HUBUNGAN DENGAN PULAU PINANG ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan membentang hasil kajian pasukan penyelidik sejarah mengenai hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang pada Disember ini. Kajian tersebut melibatkan ribuan dokumen yang diperoleh dari luar negara bertujuan untuk menentukan fakta sebenar tentang isu berkenaan. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata dapatan kajian itu termasuk tuntutan pajakan dan pampasan air yang telah lama menjadi topik hangat. Pasukan penyelidik telah meneliti dokumen dari England, Thailand, Belanda dan Indonesia. "Dokumen-dokumen ini telah diteliti di British Library dan British National Archive, dan akan menjadi rujukan utama bagi kajian yang sedang dijalankan oleh negeri Kedah," katanya kepada media di Wisma Darul Aman hari ini. Jelas beliau, kajian itu bukan hanya bertujuan untuk membuat tuntutan ke atas Pulau Pinang tetapi juga untuk menjelaskan hubungan sejarah antara kedua-dua negeri. "Tujuan kajian ini adalah untuk mengemukakan fakta ilmiah yang tepat berdasarkan dokumen sejarah. Kami berharap dapatan kajian ini dapat menjelaskan kedudukan dan hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang, dan seterusnya membolehkan Kedah menentukan hala tuju baharu," tambahnya. Terdahulu, Sanusi menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah, sehingga mencetuskan kontroversi dan perdebatan pelbagai pihak mengenai hubungan kedua-dua negeri berkenaan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 7/24/2024, 10:17:39 PM 

Tiada ulasan