Header Ads

test

PASTIKAN PEMBANGUNAN BANDAR TIDAK JEJAS KESEJAHTERAAN MASYARAKAT - SANUSI


PASTIKAN PEMBANGUNAN BANDAR TIDAK JEJAS KESEJAHTERAAN MASYARAKAT - SANUSI ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah akan memperkenalkan inisiatif baharu bagi menangani masalah banjir di kawasan bandar dengan mengosongkan tanah rizab sungai. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata demikan dalam majlis Perasmian Penutup Persidangan Alor Setar 'Liveable City' 2024 yang diadakan di Dewan As-Sakinah, Menara MBAS. Menurut beliau, penempatan baharu akan dicari untuk komuniti yang tinggal di kawasan rizab jalan dan sungai bagi memastikan mereka tidak terjejas oleh pembangunan bandar yang pesat. "Pada masa depan, rizab sungai mesti dikosongkan untuk memastikan aliran air di bandar yang telah disimenkan dan ditar dapat mengalir deras masuk ke sungai, mengelakkan banjir. Rumah-rumah di sepanjang sungai ini terpaksa dipindahkan," kata Muhammad Sanusi. Beliau juga menekankan bahawa pentadbiran bandar raya di Kedah perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan nasib komuniti itu tidak terkesan akibat pembangunan. Muhammad Sanusi turut menekankan kepentingan memelihara akhlak masyarakat dan institusi keluarga dalam menghadapi pembangunan pesat. Kerajaan negeri menurutnya telah penamatan operasi premis judi di Kedah mulai 1 Januari 2023 untuk mencegah gejala sosial yang berkaitan dengan perjudian. "Matlamat kita ialah untuk mencegah gejala sosial. Terlalu banyak kerosakan dalam masyarakat berpunca daripada judi. Kehancuran rumah tangga, penderaan mental dan fizikal terhadap isteri dan anak, pengabaian, rasuah, curi, pecah amanah dan sebagainya," tegasnya. Walaupun terdapat cabaran undang-undang terhadap larangan itu, Muhammad Sanusi menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan undang-undang dan bukannya keputusan peribadi. "Sedih memanglah sedih. Kita buat apa yang Allah perintahkan kepada kita. Sudah kita buat, ada pula pihak yang cabar guna mahkamah untuk paksa kita benarkan semula premis judi di negeri ini. Larangan yang kita kuatkuasakan adalah berdasarkan undang-undang, bukan ikut suka kita. Sekarang kita tunggu proses di Mahkamah Rayuan," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 7/24/2024, 9:00:52 PM 

Tiada ulasan