Header Ads

test

KELESTARIAN ALAM PENTING UNTUK EKOSISTEM


KELESTARIAN ALAM PENTING UNTUK EKOSISTEM KUALA KEDAH - Kelestarian alam sekitar amat penting dalam ekosistem kehidupan semua makhluk di atas muka bumi ini dan usaha menjaga dan memelihara keaslian alam sekitar ini amat dititikberatkan dalam Islam. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata, pemeliharaan alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata tetapi turut memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ia mestilah selari dengan kemajuan negari serta kemakmuran dikecapi. "Melalui pelbagai acara yang telah diatur dalam Hari Alam Sekitar Negeri Kedah Parlimen Kuala Kedah ini, saya yakin ia merupakan salah satu platform bagi pihak kerajaan negeri untuk meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat dalam perkongsian pengetahuan, kefahaman dan kemahiran penjagaan kepada masyarakat terhadap sayangi alam sekitar." Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar, Kedah Sejahtera Lestari Bersama 2024 Parlimen Kuala Kedah bertempat di Masjid Al-Ma'Arufi, Kampung Seberang Kota, di sini. Jelasnya, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyahut seruan YAB Dato Seri Menteri Besar Negeri Kedah untuk menjadikan 'Negeri Kedah Ke Arah Negeri Kedah yang Lebih Hijau, Bersih dan Sejahtera'. Tambah beliau lagi, penganjuran program itu juga dapat menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai sayangi alam sekitar dengan menerapkan kepada komuniti setempat. Menurutnya, objektif program ini adalah untuk meningkatkan peranan, kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat dalam usaha terhadap pemeliharaan alam sekitar serta dapat meningkatkan pengetahuan dan informasi komuniti setempat mengenai ancaman sekiranya ekosistem alam dirosakkan. "Mudah-mudahan, dengan komitmen semua warga, kita dapat sama-sama dalam merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua, negeri orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti. Itulah tekad kita dalam mengharungi tahun 2024 yang semakin mencabar," ujarnya lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/28/2024, 11:40:59 AM 

Tiada ulasan