Header Ads

test

MB KEDAH : PENGUNAAN AIR SECARA SERENTAK MENYEBABKAN PENYUSUTAN PARAS AIR


KUALA MUDA - Paras air di Kedah menurun secara mendadak akibat penggunaan air yang tinggi di sektor domestik, industri, dan pertanian.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penggunaan serentak ini menyebabkan bekalan air cepat menyusut.
"Musim ini, semua orang menggunakan air untuk keperluan domestik, industri, dan pertanian. Jadi, bila digunakan serentak, bekalan cepat surut.
"Tapi saya harap selepas musim menanam, pertanian tidak akan menggunakan air untuk pengairan lagi, dan bekalan air akan meningkat semula." beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meraskiman Program Gotong-Royong Perdana dan Mega Perangi Aedes di Padang Awam Taman Ria, di sini
Dalam perkembangan yang sama, Sanusi memaklumkan bahawa pembenihan awan akan dilakukan sebanyak tiga kali dalam masa terdekat.
"Pembenihan awan, saya dengar YAB Timbalan Perdana Menteri sudah umumkan, NADMA akan melaksanakannya pada 29, 30, dan 31 Julai ini," katanya
Tambah beliau, pembenihan awan adalah satu usaha untuk menyejukkan awan agar membawa hujan.
"Ada malaikat yang menurunkan hujan, tetapi pembenihan awan ini adalah ikhtiar kita untuk menyejukkan awan agar membawa hujan.
"InsyaAllah, Allah akan makbulkan usaha itu. Hujan akan turun, paras empangan akan naik, paras air sungai akan stabil, dan kita tidak akan menghadapi masalah," katanya.

Tiada ulasan