Header Ads

test

KEDAH TEGUH PENDIRIAN PERANGI JUDI


KEDAH TEGUH PENDIRIAN PERANGI JUDI PENDANG – Kerajaan negeri Kedah teguh pendirian dalam memerangi judi di negeri itu. Penegasan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat di hadapan para Pegawai Masjid Negeri Kedah (PPMK). Beliau menyeru semua pegawai masjid dan masyarakat Kedah untuk terus menyokong usaha kerajaan negeri dalam memastikan Kedah bebas dari premis judi. Jelasnya, beliau yakin bahawa keputusan berkenaan akan mendapat sokongan penuh daripada rakyat negeri Kedah. "Baru-baru ini ada pihak yang mencabar kerajaan negeri Kedah supaya menarik balik penutupan premis judi. "Namun, saya yakin semua rakyat Negeri Kedah akan bersama kerajaan negeri dalam memastikan dasar sifar premis judi di Kedah berjaya," kata beliau dalam Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Masjid Negeri Kedah (PPMK) kali ke-32 di Dewan Cenderawasih, Pendang hari ini. Mohd Azam turut memuji usaha masjid-masjid yang masih meneruskan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat fardhu sebagai tanda solidariti dengan saudara seIslam di P@lestin. Amalan itu menurut beliau wajar diteruskan kerana peperangan di sana belum berakhir. "Saya mengharapkan bacaan Qunut nazilah ini dapat diteruskan sehingga berhentinya peperangan di sana kerana sehingga saat ini masih lagi berlaku pembantaian reJim Isr@el kepada rakyat P@lestin," jelas beliau. Selain itu, beliau menekankan para pegawai masjid supaya menjadi penghubung antara kariah dan pejabat agama daerah serta kerajaan negeri. Kerjasama yang baik di antara semua pihak penting untuk memastikan kelancaran pengurusan masjid dan melahirkan masyarakat yang sejahtera. "Bila kita saling berhubung saya yakin hubungan kita akan lebih baik bagi memastikan kelancaran perjalanan Masjid-masjid di negeri Kedah ke arah melahirkan insan yang Sejahtera,"katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/27/2024, 3:35:51 PM 

Tiada ulasan