Header Ads

test

MBBS UNISHAMS LAHIRKAN PARA DOKTOR YANG BERKALIBER


MBBS UNISHAMS LAHIRKAN PARA DOKTOR YANG BERKALIBER KUALA KETIL - Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan bukan sahaja untuk melahirkan doktor-doktor berkaliber, tetapi juga melahirkan individu mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria, kerajaan negeri Kedah amat berbesar hati menyaksikan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para pelajar dan kakitangan Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS). Katanya, program Medic Open Day - "Igniting Passion for Healing: Discover MBBS@UniSHAMS" ini dapat membantu pihak kerajaan negeri untuk bersama-sama menggembleng tenaga bagi melahirkan generasi para dokturat yang dapat membela para pesakit di luar sana. "Saya kira program seumpama ini dapat menambahkan lagi rasa semangat untuk memajukan diri dalam ilmu perubatan khususnya di negeri Kedah ini dan menjayakan misi melahirkan generasi para dakturat yang bukan sahaja pakar dalam ilmu perubatan bahkan ilmu-ilmu agama yang para pelajar akan dibekalkan sepanjang belajar di sini," ujar beliau ketika merasmikan program tersebut di UniSHAMS, pagi ini. Tambahnya lagi, tema program iaitu "Igniting Passion for Healing" adalah sangat tepat dan menggambarkan misi UniSHAMS untuk menginspirasi para pelajar dalam mengejar cita-cita mereka sebagai seorang doktor. Jelas beliau, kini negara memerlukan lebih ramai profesional perubatan yang bukan sahaja mahir dalam bidang, tetapi juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk memperbaiki kualiti hidup insan sejagat. Sebagai contoh di negara Palestin yang hari ini sangat memerlukan para perawat dan ubat-ubatan untuk membantu merawat saudara Islam kita di sana. "Marilah bersama tanamkan cita-cita dan niat untuk mempelajari ilmu perubatan ini sehingga jika diperlukan bantuan, kalian yang akan kehadapan demi menyelamatkan nyawa saudara kita di sana," katanya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/1/2024, 3:30:34 PM 

Tiada ulasan