MKK PERLU GERAKKAN KOMUNITI SETEMPAT DAN MAJUKAN KAMPUNG
MKK PERLU GERAKKAN KOMUNITI SETEMPAT DAN MAJUKAN KAMPUNG SIK - Kerajaan negeri Kedah berhasrat agar Majlis Ketua Kampung (MKK) berperanan aktif dalam menggerakkan komuniti setempat untuk memajukan kampung. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata tanggungjawab dan amanah ini harus dipikul dengan sebaik mungkin untuk memastikan suara dan cadangan diperingkat akar umbi dapat diselesaikan dengan kerjasama pihak jabatan dan agensi kerajaan. "Kerajaan negeri amat berharap agar mkk cepat berinteraksi dengan agensi yang berkaitan, terutama dalam keadaan kecemasan seperti banjir, ribut dan kejadian alam, termasuk kemusnahan infrastruktur," ujarnya dalam perasmian Kursus Pemantapan Majlis Ketua Kampung (MKK) Tahun 2024 bertempat di Dewan Al-Hana di sini, hari ini. Kursus yang melibatkan 220 orang pengerusi dan setiausaha MKK di daerah Sik ini menerangkan berkenaan asas-asas peranan dan fungsi MKK, isu-isu kebajikan, manfaat tabungan kewangan dan hal-hal berkaitan tanah. Jelasnya, terdapat beberapa siri kursus telah dijalankan sebelum ini kepada MKK dengan melibatkan agensi teknikal seperti jabatan Kerjaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran, pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan pejabat daerah. Beliau yakin dengan kursus ini, peranan MKK dapat diperkasakan untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi di peringkat kampung. Tambahnya, beliau turut memahami tentang kekangan kewangan yang dihadapi terutama dalam hal pembaikan projek-projek kecemasan seperti bencana dan lain-lain. "Pihak kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan-keperluan ini di peringkat komuniti dan kampung," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/14/2024, 9:54:37 PM
Post a Comment