Header Ads

test




 ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Bakti Siswa peringkat DUN Pantai Merdeka bersama wakil-wakil penduduk dan ketua kampung berhampiran.  

Seramai 40 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi bakal menjalankan aktiviti dan program selama seminggu di kawasan DUN Pantai Merdeka bersama masyarakat setempat pada bulan Ogos ini.  

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:  

- Program Anak Angkat  

- Program Pembangunan Ekonomi Rakyat Sejahtera 

- Program Pembangunan Pendidikan Sejahtera 

- Karnival Kampung Sejahtera 

- Program Bakti Asnaf 

- ⁠Penyediaan Dokumen Kampung Sejahtera 

- Gotong-Royong & Jamuan Rakyat 

- Bacaan Yaasin & Subuh macam Jumaat  

Program ini akan melibatkan 500 mahasiswa anak Kedah yang sedang menuntut di universiti seluruh Malaysia. 

Mahasiswa yang terlibat akan dibahagikan kumpulan ke 12 tempat di 12 daerah seluruh negeri Kedah. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan