Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr


Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menghadiri Majlis Kecemerlangan SPM 2023 DUN Jitra yang diadakan di Dewan Tunku Anum, Jitra. Seramai 113 orang penerima hadiah dengan setiap seorang telah menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM200. Kemuncak program ini dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik Tempat Pertama dengan hadiah RM1000, Anugerah Pelajar Terbaik Tempat Kedua dengan hadiah RM700, Anugerah Pelajar Terbaik Tempat Ketiga dengan hadiah RM500, Anugerah Khas kepada pelajar kategori berkeperluan tetapi cemerlang dalam SPM, dengan nilai hadiah RM500. Turut hadir Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Haji Ibrahim; Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Haji Osman, Pengurus Besar TNB Kedah & Perlis, Wan Ishak Soed; Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Berhad, Noor Ikhsan Abdul Aziz; Penolong Pegawai Daerah serta Tok Penghulu DUN Jitra. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/1/2024, 1:30:49 PM 

Tiada ulasan