Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin baru-baru ini telah meninjau p...


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin baru-baru ini telah meninjau projek menaiktaraf semula mercu tanda ikonik Langkawi, Dataran Lang. Projek naiktaraf yang bermula pada April 2024 dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2024 bakal memberikan nafas baharu kepada Dataran Lang bagi menerima pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan seterusnya Tahun Melawat Malaysia 2026. Mercu tanda setinggi 12 meter ini adalah destinasi wajib untuk bergambar kenangan dan pastinya akan menjadi tarikan utama kepada semua pelancong. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/7/2024, 5:01:08 PM 

Tiada ulasan