PERSOALAN PARA SAHABAT KEPADA RASULULLAH MENGENAI TANDA KIAMAT YANG PERTAMA
PERSOALAN PARA SAHABAT KEPADA RASULULLAH MENGENAI TANDA KIAMAT YANG PERTAMA Sabda Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Gambaran pertama kiamat ini adalah satu bentuk motivasi untuk beribadah dan sentiasa bersedia dengan mempersiapkan diri dengan amal soleh dan bertaubat kepada Allah SWT. Dengan jarak daripada Baginda SAW diutuskan dengan situasi yang berlaku hari ini, manusia tidak boleh alpa dan lalai daripada mengingati Allah SWT . Kehidupan manusia akhir zaman ini adalah tempoh yang singkat, maka berusahalah untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT selagi masih ada sisa-sisa terakhir umur kita. Bersegeralah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/31/2024, 9:24:31 AM
Post a Comment