Header Ads

test

Perasmian Program Jerai Scooter Day 2.0


Program Jerai Scooter Day 2.0 adalah sebahagian daripada mempromosikan pusat pelancongan di Tanah Besar yang kaya dengan tamadun dan sejarah dunia.


Menteri Besar, YAB Dato' Muhammad Sanusi Md Nor hadir menyempurnakan perasmian Program Jerai Scooter Day 2.0 di Taman Perwaja. "Kita harus bangkitkan semula keagungan dan kehebatan sejarah Kedah. 


Saya menyeru kepada seluruh rakyat Kedah, tanpa mengira bangsa dan keturunan, untuk bersama-sama menghidupkan semula kebanggaan sejarah ini dari sekarang ke tahun-tahun mendatang, InsyaAllah," katanya. 



Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din; Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Aizat; dan ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar. 

Tiada ulasan