Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Dan Perpaduan Negeri Kedah, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad, mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera (TUWS) Negeri Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Darul Aman. Taklimat berkenaan diberikan kepada YB ADUN dan Penyelaras DUN serta para pegawai Pusat Khidmat setiap DUN dalam negeri Kedah. Inisiatif TUWS bertujuan untuk membantu golongan wanita yang memerlukan bantuan kewangan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi keluarga mereka. Bantuan kewangan secara 'one-off' sebanyak RM500 kepada wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Pemohon mestilah wanita warganegara Malaysia yang menetap di Kedah, menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat ADUN dan Pejabat Penyelaras DUN. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/9/2024, 6:30:01 PM 

Tiada ulasan