Header Ads

test

Projek Naik Taraf LRA : MB Komited Selesaikan Masalah Air Secara Bersepadu


Projek Naik Taraf LRA : MB Komited Selesaikan Masalah Air Secara Bersepadu SUNGAI LIMAU - Lawatan Menteri Besar dan agensi serta jabatan ke tapak projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau. Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata lawatan kali ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memperhalusi masalah-masalah yang dihadapi secara bersepadu. "Kita bawa semua agensi dan jabatan untuk kita selesaikan masalah secara bersepadu," kata beliau ketika ditemui di tapak lawatan, di sini. Jelas Sanusi, beliau bersama agensi dan jabatan yang terlibat akan memastikan supaya kedua-dua projek LRA ini akan siap mengikut jadual. "Kita akan pastikan projek ini akan siap seperti yang dijanjikan mengikut jadual. Dalam jadual, LRA Sungai Limau dijangka siap pada bulan Januari tahun 2025 dan LRA Bukit Selambau dijangka siap pada bulan April tahun 2025," ujar beliau. Beliau juga memaklumkan bahawa sekiranya jajaran paip telah sampai ke Sungai Lalang, akan ada strategi baru untuk kawasan-kawasan tertentu mendapatkan air sebelum LRA ini siap. "Saya dapat jaminan tadi daripada jabatan teknikal khususnya SADA, sebelum siap LRA ini pun, kalau jajaran paip tu telah sampai ke kawasan Sungai Lalang, kita akan ada strategi baru untuk bypass masuk ke paip sedia ada untuk kawasan tertentu dapat bekalan walaupun projek tidak siap sepenuhnya. "Ini strategi dan pendekatan yang kita ambil untuk selesaikan masalah air," katanya. Sanusi berterima kasih kepada agensi dan jabatan yang terlibat menjayakan projek ini dan berharap segala masalah dapat diperhalusi secara bersepadu. "Ada strategi-strategi, sebab itu kena datang semua sekali, semua agensi, jabatan, teknikal, kewangan, ada SUK Pembangunan, semua itu kita selesaikan secara bersepadu. InsyaAllah, masalah-masalah besar dapat diselesaikan secara bersepadu." Ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #LRASgLimau #LRABukitSelambau -UPDA 7/9/2024, 5:30:12 PM 

Tiada ulasan