Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Bilangan 11 yang dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dah Sukan bertempat di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap negeri itu secara rasmi mengesahkan 488 acara daripada 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA XXI Sarawak. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir di peringkat Jawatankuasa Tertinggi sebelum Temasya SUKMA XXI di Sarawak yang akan membuka tirai pada 17 Ogos nanti. SUKMA kali ini bakal mencipta sejarah apabila sah mempertandingkan jumlah acara tertinggi untuk disaingi 15 kontinjen bertanding sekaligus mengatasi jumlah tertinggi 426 acara dua tahun lalu. Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga turut memilih negeri Selangor sebagai tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA XXII yang akan dijadualkan pada tahun 2026. "KedahSejahteraNikmatUntukSemua" #sukmaselangor2026 #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/21/2024, 4:23:15 PM 

Tiada ulasan