Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad menghadiri Majlis Perasmian Program Masih Ada Yang Sayang anjuran Biro Kebajikan & Modal Insan Majlis Kebajikan Negeri Kedah dengan Kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim yang diadakan di Tasik Darul Aman Park Jitra. Program ini adalah satu usaha murni menyantuni anak yatim dan pelajar dalam usaha memberi kesedaran kepada mereka akan bahaya dadah dari sudut kesihatan diri, perhubungan masyarakat dan implikasi undang-undang. Selain itu, ibu bapa juga perlu memperkasakan diri dengan maklumat berkaitan yang telah disampaikan oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terima kasih diucapkan kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato Wira Ku Abd Rahman; Pengarah AADK Kedah, Khairul Anuwar Ahmad, Wakil JKM, Syafrey Ibrahim; Wakil PJRTNK, Hj Sobri Hasim; Naib Yang Dipertua MKNK, Dr. Hajah Hamsiah Ismail dan Pegarah Syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd, Azizah Azizan yang memberi sumbangan menyewa tempat dan bantuan lain untuk menjayakan program ini. "KedahSejahteraNikmatUntukSemua" -UPDA 7/21/2024, 4:00:42 PM 

Tiada ulasan