Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan lawatan ke Kompleks Darul Qiyyam di Bukit Kayu Hitam, semalam. Dalam lawatan kerja tersebut, beliau bersama delegasi dibawa melihat keadaan Kompleks Perniagaan Darul Qiyyam serta mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Tnex Asset (M) Sdn Bhd, selaku pihak yang menguruskan Kompelks Darul Qiyyam mengenai hasratnya menjadikan pusat destinasi pelancongan komersial negeri Kedah. Sesi penerangan diteruskan oleh Northen Gateway Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia yang menguruskan DELAPAN 06060, projek pelabuhan darat pertama di Malaysia yang ketika ini untuk fasa 1, hampir 95 peratus siap untuk beroperasi. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Saadiah Saad; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria; Pengurus Besar Kedah Tourism (promosi); Wakil Majlis Perbandaran Kubang Pasu; Pegawai Imigresen; Pegawai Kastam; Pengerusi Eksekutif Northern Gateway Sdn Bhd serta penghulu mukim. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/24/2024, 11:32:15 AM
Post a Comment