Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Allahyarham pernah bergurau dengan ahli keluarganya yang dia akan meninggal pada hari Jumaat. Kepada gurunya pula, Allahyarham memberitahu yang kematiannya nanti akan tular walaupun tidak menyatakan apa sebabnya. Ternyata itulah yang berlaku... Adik Muhammad Danish menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Jumaat dan berita kematiannya masih tular sehingga kini di media sosial. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengucapkan salam takziah buat keluarga Muhammad Danish Hakim, penyokong setia Sang Kenari yang menghembuskan nafas terakhir sebelum mula perlawanan separuh akhir 1 Piala FA 2024/25 antara Kedah dan JDT di Stadium Darul Aman. Beliau yang mewakili Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Lorong Bersatu, Anak Bukit bagi menyampai takziah dan berkongsi kedukaan. Allahyarham semasa hayatnya adalah antara penyokong yang kerap hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada Sang Kenari. Beliau difahamkan Allahyarham Adik Muhammad Danish menghidap penyakit jantung berlubang yang serius sejak dari lahir. Keadaan kesihatannya itu menyebabkan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak tidak dapat dicapai, namun ia tidak menghalang minatnya yang mendalam terhadap sukan tersebut. Kedah FA kehilangan penyokong setia seperti Allahyarham adalah kisah duka yang akan terus dikenang. Mari bersama-sama kita panjatkan doa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan dipermudahkan. #kdafc #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/21/2024, 1:24:47 PM 

Tiada ulasan