Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria hadir menyertai Operasi Pembenihan Awan (OPA). Berdasarkan keputusan mesyuarat Penyelarasann Operasi Pembenihan Awan Negeri Perak dan Kedah yang lalu, MET Malaysia telah mencadangkan untuk melaksanakan OPA di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah pada 29 hingga 31 Julai 2024 berdasarkan ramalan kesesuaian atmosfera awan. Pihak MET Malaysia juga telah bersetuju untuk memberikan bantuan dari aspek teknikal dan sumber manusia bagi tujuan pelaksanaan OPA. Operasi pembenihan awan (OPA) menggunakan tiga tong air garam bagi tadahan Empangan Pedu dan Muda, manakala satu tong untuk Empangan Bukit Merah. OPA akan disambung esok dan lusa di kawasan yang sama. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/29/2024, 4:30:17 PM 

Tiada ulasan