Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat menguruskan kunjungan serta taklimat YB ADUN Kerajaan ke Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Kunjungan kami disambut oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, YAA Dato Syeikh Abd Rahman Abdullah bersama pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syarie Negeri Kedah. Tujuan kunjungan untuk mendapatkan maklumat Fungsi Mahkamah Syariah Negeri Kedah dan beberapa persoalan serta permasalahan yang ada dalam DUN masing-masing. Dalam pertemuan tersebut permasalahan yang diutarakan oleh YB-YB dapat djelaskan dengan baik oleh Jabatan Kehakiman Syarian Negeri Kedah. Selepas sesi taklimat dan soal jawab, kami dibawa berkunjung ke setiap bahagian yang berada di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Diakhir sesi, kunjungan disambut oleh Mufti Negeri Kedah, SS Dato Paduka Syeikh Fadhil Awang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/9/2024, 10:50:40 AM 

Tiada ulasan