Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
TNB NEGERI KEDAH ANJURKAN TOWN HALL: SMART STRATEGIC BUSINESS PARTNERSHIP Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria merasmikan Program "Town Hall: Smart Strategic Business Partnership" yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kedah. Di Negeri Kedah, TNB terus memberikan sumbangan signifikan dalam memastikan bekalan tenaga yang stabil dan berkualiti, yang merupakan asas penting kepada pembangunan sosio-ekonomi. Dalam ucapan beliau turut menekankan bahawa TNB bukan sahaja menyediakan tenaga elektrik yang berkesan, tetapi juga bercita-cita untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan pelbagai inisiatif hijau dan teknologi inovatif, TNB komited memimpin dalam era tenaga bersih dan mampan. Dalam usaha merealisasikan visi 'Kedah Sejahtera & Berdaya Huni' di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035, TNB telah menunjukkan komitmen yang teguh dan pelan ini tidak hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal, tetapi juga kepada kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar. "Saya berbangga dapat menjadikan TNB sebagai rakan strategik dan rakan bisnes kepada Kerajaan Negeri Kedah. "Melalui kerjasama yang erat ini, kita dapat meningkatkan hasil negeri serta memperkukuhkan ekonomi Kedah. Inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, menarik pelaburan, dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat Kedah," ujarnya. Kerajaan Negeri Kedah amat yakin bahawa TNB akan terus memberikan komitmen yang padu dalam melaksanakan Objektif Teras Kedah 2035, khususnya dalam tiga teras utama iaitu Kemakmuran Ekonomi, Kecemerlangan Infrastruktur & Utiliti dan Kemampanan Alam Sekitar. Kerajaan Negeri Kedah juga berharap TNB akan terus menyokong inisiatif-inisiatif yang akan datang dan bersama-sama merealisasikan aspirasi negeri yang lebih maju dan makmur. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 7/21/2024, 5:30:14 PM
Post a Comment