Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat menghadiri mesyuarat bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Hasbullah Md Mukhtar pagi ini. Mesyuarat mermbincangkan berkenaan isu-isu Pendaftaran Sekolah-Sekolah Agama, Pusat Pengajian Pondok dan Tahfiz di Negeri ini yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Selain daripada permohonan daftar yang perlu dilakukan, Pihak Pengurus Sekolah Agama, Pondok dan Tahfiz perlu mendapat pendedahan maklumat yang jelas agar tidak berlaku salah faham yang mengakibatkan sebahagian daripada mereka enggan untuk membuat pendaftaran. Beliau percaya Bahagian Pendidikan JHEAIK sentiasa menghulurkan tangan dan membantu mana-mana institusi pendidikan ini yang memerlukan bimbingan, khidmat nasihat serta kerjasama dalam menyelesaikan masalah ini. "KedahSejahteraNikmatUntukSemua" -UPDA 7/21/2024, 5:00:37 PM 

Tiada ulasan